
Goodbye Ramadhan,
kita akan merindui sewaktu bersahur,
kita akan merindui saat berpuasa dari makan dan minum,
kita akan merindui kemeriahan dan kegembiraan semasa berbuka,
kita akan merindui mengerjakan solat sunat terawih,
kita akan merindui segala-segalanya yang ada pada bulan ramadhan,
kerana bulan Ramadhan bulan yang paling mulia.
Welcome Syawal,
Orang ramai pasti menunggu ketibaan syawal ,
kerana syawal adalah bulan yang penuh dengan kemaafaan,
tambahan pula , syawal adalah bulan yang membebaskan kita dari berpuasa,
dalam erti kata lain ia adalah merdeka,
Disebabkan itu selalunya syawal di sambut dengan meriah sekali ,
selain itu,bagi mereka yang sering melakukan dosa sudah bertaubat sewaktu bulan ramadhan,
syawal inilah yang akan membantu orang-orang seperti itu meminta maaf dan berjabat tangan,
dengan orang-orang yang mereka telah melakukan dosa atau perkara yang mungkar,
harap di bulan syawal yang mulia ini orang ramai dapat bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Insyaallah
p/s: saya MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD RAMLEE, memohon maaf terhadap semua orang yang pernah mengenali diri saya jika ada salah dan silap yang pernah saya lakukan.harap diampun.kita manusia biasa, pasti melakukan kesalahan kerana yang jahat datang dari diri kita, yang baik semuanya dari Allah S.W.T.